Visi

Untuk menjadi organisasi yang unggul, cekap, mesra dan berkualiti dalam memelihara dan membangunkan syiar Islam di Negeri Melaka.

Misi

Amar Ma’ruf
Melahirkan sebuah masyarakat yang menjadikan Islam sebagai cara hidup sempurna dengan mengikut dan menghayati ajaran-ajaran Islam yang terkandung di dalam Al- Quran dan As- Sunnah yang meliputi aspek-aspek Aqidah, Syariah, Akhlak , Ekonomi, Sosial, Pendidikan dan Kebudayaan.

Nahi Mungkar
Menegakkan keadilan mengikut hukum-hukum Islam serta mengawal/ membasmi kemungkaran, maksiat, khurafat, bid'ah, dhalalah dan fikiran-fikiran yang menjejaskan kesucian Islam mengikut kehendak-kehendak yang termaktub dalam undang-undang Agama Islam Negeri Melaka.


Objektif

Mendorong dan menggerakkan masyarakat Islam ke arah peningkatan ilmu dan amalan yang cemerlang sesuai dengan tujuan mewujudkan masyarakat yang berdaya maju, berakhlak dan bercita-cita tinggi berasaskan syariat Islam;

Menjadikan Baitulmal sebagai organisasi penyatu ummah dan rujukan masyarakat Islam dalam permasalahan yang timbul;

Menjalinkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat berbilang kaum bangsa, agama dan budaya melalui dakwah yang berkesan dan mantap;

Memaju dan membangunkan Baitulmal untuk memantapkan ekonomi secara berperancangan yang rapi dan berhati-hati dalam bidang pelaburan, pembina dan perniagaan yang tidak bercanggah dengan syarak.;

Membangun dan mengembangkan institusi zakat untuk manfaat masyarakat Islam;
 
 
Pengurusan Baitulmal

Pentadbiran dan Perkhidmatan
Bahagian Kewangan dan Akaun
Bahagian Siasatan dan Agihan Zakat
Bahagian Wakaf dan Sumber Am
Penerbitan dan Pusat Sumber
 
 
     
  Laman Web Ini Telah Dikemaskini Pada  
2005© Hak Cipta Terpelihara. Majlis Agama Islam.Dibangunkan oleh Melaka ICT Holdings Sdn Bhd
peta laman laman utama