Ditubuhkan mulai bulan Jun Tahun 2002 dibawah pengawalan dan pentadbiran
Majlis Agama Islam yang berlandaskan Enakmen Pentadbiran Agama Islam
( Negeri Melaka ). Badan ini bergerak secara sukarela dengan tujuan
memberi bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan
perhatian.
" MAIM adalah komited untuk memberikan perkhidmatan pengagihan
bantuan Fakir Negeri Melaka dengan adil, telus, efisyen dan amanah
berlandaskan kepada kriteria yang ditetapkan serta berusaha menjamin
kehidupan yang lebih selesa kepada golongan fakir serta mengurangkan
peratus kemiskinan di Negeri Melaka. Perlaksanaan dasar ini akan
berasaskan kepada perlaksanaan MS ISO 9001:2000 "
Skop
Perlaksanaan
Urusan perancangan, pemprosesan, permohonan, siasatan, kelulusan dan
penagihan bantuan kepada perlaksanaan MS ISO 9001:2000.
Objektif
•
Memastikan sekurang-kurang
80% daripada permohonan bantuan yang diterima memenuhi syarat dan
kriteria yang ditetapkan ;
•
Memastikan sekurang-kurang
85% daripada pemohonan yang diterima dan disiasat dalam tempoh 14
hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan ;
•
Memastikan sekurang-kurang
85% daripada permohonan bantuan agihan bantuan yang layak dipertimbang,
diluluskan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh layak permohonan diterima;
•
Mengurangkan sekurang-sekurangnya
10% bilangan rungutan yang diterima daripada penerima bantuan tahun
lalu mengenai kualiti bekalan bantuan yang diterima dari pembekal;
•
Memberi latihan yang bersesuaian
kepada anggota MAIM yang terlibat dalam perlaksanaan agihan bantuan,
sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi setiap pegawai.