Ikut Kami: fbtwiterrsssocial mediamobile web
Pilihan Warna:
Pilihan Bahasa:
Lain-lain
Saiz Teks:
A- A A+

Suara Anda

BIL PENGGUNA PENDAPAT/CADANGAN/PERTANYAAN/ADUAN MAKLUMBALAS/TINDAKAN
NORAHAYU BINTI SALEH KATEGORI : ADUAN

Saya seperti nama di atas, ingin mengadu sistem penyerahan borang bantuan makanan hilang dalam simpanan pihak MAIM. Setelah saya mengisi borang sambungan untuk sambungan bantuan. Saya telah mengisi borang sambungan pada bulan April dan serahkan kepada pihak MAIM. Hari ini saya datang untuk tanyakan kelulusan bantuan. Pihak Staff tidak update apa-apa maklumat permohonan samada pada buku log serahan borang. Mahupun dalam sistem computer pihak MAIM. Perkara ini berlaku setiap kali saya hendak renew permohonan. Diharap di masa akan datang tidak lagi berulang. Staff yang bertanggungjawab sila beri tindakan sewajarnya.

Agihan Zakat telah mengeluarkan slip terima untuk diserahkan kepada pelanggan yang menghantar borang di hantar sebagai tindakan penambahbaikan.
SALBIAH BINTI ABDULLAH KATEGORI : BUKAN ADUAN-PERMOHONAN

POHON BANTUAN BERKAITAN BAGI MANGSA KANSER TAHAP EMPAT
Salam Sejahtera. Saya jiran kepada Pn. Salbiah bin Abdullah NO K/P : XXXXXXXXX beralamat di No. 84 Jalan LP7 Taman Limbongan Permai 75250 Melaka. Beliau mengalami stroke tahap empat dan terlantar di rumah dan mempunyai 5 orang anak yang masih kecil dan bersekolah. Suami hanya bekerja sebagai jaga sekolah. Sehubungan itu, saya berharap pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat , MAIM, TAPEM dan agensi pemberi bantuan yang lain dapat tampil melakukan siasatan dan menghulurkan bantuan yang berkaitan pada mangsa bagi meringankan bebanan yang ditanggung mangsa. Boleh menghubungi pengerusi JKKK Limbongan En. Kamal bagi mengetahui maklumat berkaitan mangsa ini. Segala kerjasama dan bantuan yang diberikan didahului jutaan terima kasih. Sekian Salam Sejahtera.

Berhubungan dengan maklumat yang diberikan, pihak MAIM mengucapkan terima kasih kepada pihak tuan kerana prihatin tentang masyarakat setempat. Sehubungan itu, pihak MAIM akan menjalankan ziarah @ jejak asnaf kepada penama tersebut dalam masa terdekat dan menghulurkan bantuan sewajarnya jika pengadu tersebut memenuhi syarat kelayakan hadhul kifayah asnaf zakat negeri Melaka.
NURUL NABIHAH BINTI SALLEH KATEGORI : PERTANYAAN

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan bantuan persekolahan ?

Bantuan persekolahan boleh dipohon dengan menggunakan borang persekolahan MAIM
DOLLAH BIN JANTAN KATEGORI : PERTANYAAN

Sekiranya saya mempunyai tanah untuk diwakafkan, apakah cara-cara yang perlu saya lakukan ?

Sesuatu perwakafan itu bergantung kepada sesuatu justifikasi, oleh itu pihak tuan/puan perlulah merujuk dahulu kepada pegawai wakaf yang berkenaan untuk melakukan sesuatu perwakafan.
 MUHAMMAD FAIZ BIN ABDULLAH KATEGORI : PERTANYAAN

Saya merupakan seorang muallaf yang baru saja memeluk islam, dimanakah tempat untuk saya mendalami islam?

Sekirannya tuan/puan merupakan seorang muallaf tuan/puan boleh terus mendapatkan bimbingan di Balai Islam, Jalan Kesidang, Taman Kesidang Sek 2, Melaka. No Telefon : 06-3372873. Pihak kami juga akan berterusan membantu tuan/puan sekiranya tuan/puan berdaftar dengan BALAI ISLAM.

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 11.8%
Baik - 12.9%
Boleh Diperbaiki Lagi - 11.8%

Total votes: 263
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2015

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini0
Semalam0
Minggu Ini0
Bulan Ini0
Keseluruhan959284

Artikel Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.