Ikut Kami: fbtwiterrsssocial mediamobile web
Pilihan Warna:
Pilihan Bahasa:
Lain-lain
Saiz Teks:
A- A A+

Rumah Kedai Masjid Tanah

 

peringgit

Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri telah memperuntukkan sebanyak RM25.6 juta di bawah Program Pembangunan Hartanah Wakaf.

Rancangan Malaysia Kesembilan bagi membina sebuah hotel dikenali sebagai Hotel Pantai Puteri (JAWHAR-MAIM) yang bertaraf tiga bintang di atas sekeping tanah wakaf yang dipegang oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di bawah nombor lot 2166 dan 2167, Mukim Tanjung Kling, Melaka.

Pembinaan Hotel Pantai Puteri (JAWHAR-MAIM) telah bermula pada 15 Januari 2009 dengan nilai pembangunan sebanyak RM25.6 juta dan telah diserahkan secara rasmi oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada JAWHAR dan MAIM pada 29 Oktober 2011 menerusi Majlis Penyerahan Kunci yang telah disempurnakan oleh YB. Datuk Yaakub bin Md. Amin, Exco Agama Islam Negeri Melaka merangkap Timbalan Pengerusi MAIM.

Pada 11 November 2011 (Jumaat) bersamaan dengan 15 Zulhijjah 1432H, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billahi Shah telah berkenan mencemar duli untuk merasmikan hotel wakaf pertama di Malaysia iaitu Hotel Pantai Puteri, Melaka. Majlis perasmian tersebut berlangsung dengan gemilangnya yang turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Wira Abu Seman Yusop, Pembesar-pembesar Negeri Melaka, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Hotel ini berkeluasan tapak 6,304 meter persegi dengan mengandungi 80 bilik biasa, lima bilik eksekutif, dua bilik ketua rombongan, tiga bilik asrama lelaki (satu bilik : 20 orang), tiga bilik asrama perempuan (satu bilik : 20 orang), satu dewan serbaguna (350 orang), satu bilik seminar (60 orang), satu bilik banquet (200 orang), satu bilik mesyuarat (20 orang), kolam renang dan kafeteria (180 orang).

 

Maklumat Projek Pembangunan MAIM

BIL PERKARA PENERANGAN
1 Nama Projek Pembelian Rumah Kedai PM 980-Lot 5379, Mukim Masjid Tanah, Taman Bandar Baru, Masjid Tanah, Melaka
2 Lokaliti Masjid Tanah, Melaka
3 Jenis Projek Projek Perniagaan
4 Latarbelakang Ringkas Projek Merupakan projek penambahan atau pemilikan ekuiti bumiputra atau asset islam dikawasan bandar dan bertujuan menjana dana Baitulmal MAIM
5 Kos Pembangunan Projek RM 270,000.00
6 Keluasan Projek 1 Unit – PM 980-Lot 5379
7 Tahun Perlaksanaan  

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 11.8%
Baik - 12.9%
Boleh Diperbaiki Lagi - 11.8%

Total votes: 263
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2015

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini0
Semalam0
Minggu Ini0
Bulan Ini0
Keseluruhan959284

Artikel Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.