Ikut Kami: fbtwiterrsssocial mediamobile web
Pilihan Warna:
Pilihan Bahasa:
Lain-lain
Saiz Teks:
A- A A+

Rumah Anak Yatim

Majlis Agama Islam Melaka telah menyalurkan bantuan kewangan  kepada 5 buah rumah anak yatim di negeri  Melaka. Dua daripadanya dikawal penuh oleh Majlis Agama Islam Melaka dan manakala bakinya  bergerak dibawah jawatankuasa yang diwujudkan. Sejumlah RM 1.2 juta dibelanjakan setiap tahun melalui peruntukan zakat dibawah asnaf fisabilillah bagi tujuan pengurusan rumah anak yatim tersebut.

Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj (RAYSAAS)

Pembinaan awal (RAYSAAS) bermula pada November 2001 dan telah siap sepenuhnya pada Februari 2002 diatas sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh Y.bhg Datuk H.M Shah. Rumah anak yatim ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Kos pembinaan rumah anak yatim yang mampu menempatkan 100 orang penghuni ini melibatkan kos sejumlah RM 2.7 juta yang telah disalurkan melalui sumbangan Kerajaan Negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka dan sumbangan orang ramai.

Pengurusan rumah anak yatim ini dikawal sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Melaka melalui peruntukan kewangan yang telah ditetapkan. Objektif utama RAYSAAS adalah sebagai rumah perlindungan kepada anak – anak yatim dan miskin negeri Melaka. Dengan misi untuk memberi kehidupan yang harmoni dan bahagia dan membimbing anak –anak tersebut dalam pembentukan sahsiah diri yang mantap dengan ilmu pengetahuan dan penerapan nilai – nilai murni dalam kehidupan.

Fungsi   Syarat-syarat Pengambilan
  1. Pengurusan penempatan persekolahan
  2. Pengurusan tempat tinggal yang sesuai
  3. Pengurusan makan dan minuman yang mencukupi
  4. Pengurusan pakaian dan peralatan harian yang sempurna
  5. Pengurusan pendidikan
 
  1. Anak Kelahiran Melaka
  2. Warganegara Malaysia
  3. Anak Yatim/miskin (kematian bapa)
  4. Pendapatan penjaga bawah RM 700.00/bulan
  5. Pelajar sihat fizikal dan mental
  6. Pelajar tidak mempunyai rekod jenayah Juvana
  7. Permohonan bagi anak yatim hanya 2 orang setiap keluarga 

Nama Pengurus : Tn Hj Ibrahim Bin Hamid

Alamat : KM 17 Pantai Puteri, 76400 Tanjung Kling, Melaka

Kompleks Anak Yatim Fatimah Al Zaharah ( KAYFAZ)

Pembinaan Kompleks Anak Yatim Fatimah Al Zaharah adalah projek usahasama oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka diatas sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh Y.bhg Puan Hajjah Che Mah Bte Hitam. Kos pembangunan rumah anak yatim yang mampu menempatkan 100 orang ini berjumlah RM 1.2 juta yang telah disalurkan melalui sumbangan Kerajaan Negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka dan sumbangan orang ramai.

Pengurusan Kompleks ini diletakkan sepenuhnya dibawah kawalan Majlis Agama Islam Melaka dimana pihak MAIM membiayai kesemua perbelanjaan bagi mengurus kompleks tersebut. Misi KAYFAZ adalah memberi kehidupan yang harmoni dan bahagia dan membimbing anak –anak tersebut dalam pembentukan sahsiah diri yang mantap dengan ilmu pengetahuan dan penerapan nilai – nilai murni dalam kehidupan

Pertubuhan Kebajikan Anak – Anak Yatim Islam Daerah Jasin

Penubuhan asal Pertubuhan Kebajikan Anak – Anak Yatim Islam Daerah Jasin tercetus dari idea Biro Kebajikan UMNO Jasin tentang pembelaan nasib anak – anak yatim dan fakir di daerah Jasin. Petubuhan ini mula menjalankan operasi pada tahun 1977 di rumah kediaman kerajaan yang hanya menempatkan penghuni lelaki sahaja. Pada tahun 2000 pengurusan Pertubuhan Kebajikan  Anak Yatim Jasin telah melancarkan kutipan derma bagi membiayai pembinaan rumah anak yatim yang lebih baik dan sempurna. Hasil dari kutipan derma yang telah dilancarkan pertubuhan tersebut dapat mengumpul sejumlah RM 800 ribu . Daripada hasil kutipan yang dijalankan maka pembinaan sebuah kompleks anak yatim dibangunkan diatas tanah seluas 0.8 ekar yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Kini Pertubuhan Kebajikan Anak – Anak Yatim Daerah Jasin mempunyai bangunan sendiri yang mana ia mempuyai 2 asrama yang menempatkan lelaki dan perempuan dan ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan penghuni dan pengurusan pertubuhan.

Rumah Kebajikan Anak Yatim Miskin Paya Rumput ( PAYASUM)

Penubuhan awal bermula pada tahun 1940 oleh Allahyarham Tuan Guru Hj Abd Wahid Bin Othman dengan nama Madrasah Diniah yang bertujuan mengajar anak-anak kariah tentang ilmu Agama Islam. Pada tahun 1954 Madrasah Diniah mula mengambil anak – anak yatim dengan membina sebuah asrama yang menempatkan 60 orang pelajar lelaki.Bagi melancarkan pengurusan, Madrasah Diniah telah didaftarkan dibawah Lembaga Pertubuhan Anak-Anak  Yatim Dan Miskin. Pada tahun 1965 dengan pertambahan pelajar pihak madrasah telah membina sebuah lagi madrasah yang dikenali sebagai Madrasah Al Nuriah dibangunkan di Pekan Sungai Udang bagi menampung 200 orang pelajar perempuan. Bagi menjamin keselesaan dan kemudahan penghuni PAYASUM, kerajaan negeri memberi sumbangan kewangan bagi membantu pengurusan PAYASUM mentadbir dengan baik dan sempurna. Hasil dari kerjasama yang diberikan, PAYASUM telah  melahirkan individu yang berjaya didalam bidang yang diceburi.

Rumah Anak Yatim Darul Ai- Tam

Penubuhan awal bermula pada April 1988 oleh Ahli Jawatankuasa Lembaga Masjid Kampung Bukit Pegoh,Pernu, Melaka. Tujuan awal penubuhan rumah anak yatim ini adalah atas rasa tanggungjawab ahli jawatankuasa masjid tersebut terhadap nasib anak-anak yatim dan miskin yang memerlukan bantuan dan perhatian. Pada permulaan hanya 21 orang anak yatim yang menetap di Rumah Anak Yatim Darul Ai-Tam dan ia meningkat dari tahun ke tahun. Selaras dengan pertambahan penghuni, pengurusan Rumah Anak Yatim Darul Ai-Tam telah diserahkan kepada Lembaga Kebajikan Dan Amanah Anak – Anak Yatim. Melalui sebidang tanah yang diwakafkan, pihak pengurusan telah membina bangunan pentadbiran yang lebih selesa atas sumbangan kewangan yang diperolehi dari orang ramai. Hasil dari kerjasama yang diberikan, Rumah Anak Yatim Darul Ai-Tam telah  dapat menjalankan program pembangunan anak-anak yatim terutama dalam menghafaz Al-Quran.

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 11.8%
Baik - 12.9%
Boleh Diperbaiki Lagi - 11.8%

Total votes: 263
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2015

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini0
Semalam0
Minggu Ini0
Bulan Ini0
Keseluruhan959284

Artikel Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.