Ikut Kami: fbtwiterrsssocial mediamobile web
Pilihan Warna:
Pilihan Bahasa:
Lain-lain
Saiz Teks:
A- A A+

Perutusan Setiausaha MAIM

SU Baru

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 tahun. Terlebih dahulu syukur ke hadrat Allah SWT kerana taufiq dan izinNya Laman Web Rasmi Majlis Agama Islam Melaka dapat dilancarkan dengan sempurna. Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa yang telah berusaha dalam menyempurnakan laman web ini dengan objektif utama untuk menyalurkan informasi Pengurusan Pentadbiran Majlis Agama Islam Melaka melalui media elektronik.

Saya amat menaruh harapan dengan penampilan versi terbaru ini menampilkan wajah lebih segar dan ciri-ciri yang lebih mesra pelanggan dan diharapkan mencapai objektif  sebagai satu medium pusat rujukan masyarakat untuk lebih mengenali peranan dan fungsi Majlis Agama Islam Melaka terutamanya di dalam pengurusan pentabiran Baitulmal Negeri Melaka di samping itu laman ini diharapkan dapat menyalurkan pelbagai informasi mengenai urusan dan aktiviti Zakat, Wakaf dan Baitulmal serta memahami segala prosedur kerja yang telah digariskan oleh pengurusan Majlis Agama Islam Melaka.

Selaras dengan Melaka Maju, kemajuan teknologi ICT amatlah perlu dititik beratkan di mana segala informasi yang disediakan perlulah tepat dan mudah difahami masyarakat dan menaik taraf system penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif dan berkesan kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di Majlis Agama Islam Melaka.

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya kepada pengunjung laman web ini dapat menjadikan informasi yang diperolehi sebagai satu sumber maklumat yang berguna dan dikongsikan bersama dalam menaikkan imej Pentadbiran Majlis Agama Islam Melaka dan seterusnya memartabatkan Agama Islam sebagai satu Agama yang mulia di mata masyarakat dan dunia.

 Sekian, wassalam.

 

Muhammad Ikram bin Ibrahim

Setiausaha

Majlis Agama Islam Melaka

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 11.8%
Baik - 12.9%
Boleh Diperbaiki Lagi - 11.8%

Total votes: 263
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2015

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini0
Semalam0
Minggu Ini0
Bulan Ini0
Keseluruhan959284

Artikel Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.