Ikut Kami: fbtwiterrsssocial mediamobile web
Pilihan Warna:
Pilihan Bahasa:
Lain-lain
Saiz Teks:
A- A A+

Permohonan Bantuan Fakir/Miskin

Bantuan Agihan Zakat

Bagi melaksanakan amanah daripada wang zakat yang telah dibayar MAIM telah memperuntukkan kesemua wang zakat tersebut kepada beberapa aktiviti untuk kemaslahatan orang Islam negeri Melaka antaranya ialah program bantuan MAIM yang telah diketegorikan dalam asnaf yang ditetapkan antara bantuan yang disediakan oleh MAIM.

a. Bantuan Bulanan
  1. Bantuan Makanan Asasi ( Keluarga Kecil / Keluarga Besar)
  2. Simpanan Tabung Haji
  3. Rawatan Hemodialisis
  4. Bantuan Pekerja Sukarelawan

b. Bantuan Tahunan
  1. Bantuan Hari Raya
  2. Pakaian Sekolah ( Anak-Anak Fakir / Miskin / Muallaf )

  1. Bantuan Am
  2. Bantuan Cermin Mata
  3. Pinjaman Komputer ( anak Fakir )
  4. Skim Perkahwinan Ibu Tunggal
  5. Bantuan Ke Asrama Penuh

Permohonan Bantuan

Permohonan Bantuan MAIM perlulah dibuat dengan menggunakan borang asal dan diisi dengan lengkap bersama pengesahan daripada Imam, Pengerusi JKKK atau AJK kariah setiap pemohon.

Setiap permohonan yang lengkap perlu disertakan dengan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Imam atau JKKK kariah pemohon menetap ;

  1. 2 Keping gambar pemohon berukuran pasport
  2. 1 Salinan kad pengenalan
  3. 1 Salinan Sijil Cerai (jika bercerai hidup)
  4. 1 Salinan Sijil Kematian (jika bercerai mati)
  5. 1 Salinan Sijil Kelahiran pemohon (jika ada)
  6. 1 Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan anak-anak bagi setiap tanggungan dibawah pemohon

Garis Panduan Kelayakan

  1. Had Umur
  1. Ditetapkan kepada umur 18 tahun ke atas (umur yang kurang daripada 18 tahun hendaklah diwakili oleh ibu bapa atau penjaga)
  1. Status Keluarga
  1. Berkahwin dengan ada tanggungan
  2. Bujang dengan kurang upaya (cacat dari segi fizikal dan mental )
  3. Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan dah hilang tempat bergantung
  1. Tanggungan yang tinggal bersama pemohon
  1. Anak kandung
  2. Anak saudara
  3. Tiada tempat bergantung
  1. Pendapatan
  1. Pendapatan kurang daripada RM51.00 seorang bagi seorang dalam isi keluarga
  2. Pendapatan tidak menentu dan tidak mencukupi
  3. Tiada tempat bergantung

Panduan Permohonan Bantuan Fakir Miskin

Syarat umum permohonan bantuan adalah seperti berikut :

  1. Seorang Islam;
  2. Lahir atau menetap di negeri Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun; dan
  3. Pendapatan isi keluarga/rumah tidak melepasi Paras Garis Kemiskinan Negeri Melaka [Tidak melebihi RM 840.00 sebulan untuk 4 ahli keluarga : perkapita RM 210.00 [tahun 2013]].

Bagaimana Mendapatkan Borang?

  1. Dapatkan borang-borang permohonan di pejabat cawangan MAIM di daerah Melaka tengah, Jasin dan Alor Gajah; atau
  2. Berurusan terus di kaunter MAIM di Pusat Islam Melaka, Bukit Palah; atau
  3. Muat turun borang di laman web http://www.maim.gov.my/images/muat_turun_borang/zakat/borang-permohonan-bantuan-zakat.pdf

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 11.8%
Baik - 12.9%
Boleh Diperbaiki Lagi - 11.8%

Total votes: 263
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2015

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini0
Semalam0
Minggu Ini0
Bulan Ini0
Keseluruhan959284

Artikel Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.