Ikut Kami: fbtwiterrsssocial mediamobile web
Pilihan Warna:
Pilihan Bahasa:
Lain-lain
Saiz Teks:
A- A A+

Asnaf Gharimin

Siapakah Asnaf Gharimin?

PENGERTIAN :

Dari sudut bahasa :

Gharimun adalah berbentuk jamak [dalam bahasa arab] dari kata asasnya ghaarim yang bermaksud orang yang mempunyai hutang. Manakala gahriim pula bermaksud orang yang berhutang dan ia juga kadangkala diertikan sebagai orang yang mempunyai pemiutang. Adapun asal makna bagi perkataan gharm menurut bahasa adalah tetap/kekal.


Dari sudut istilah :

Mereka yang tetap padanya sesuatu hutang atau mempunyai pemiutang pada dirinya secara tetap/kekal.


GOLONGAN ASNAF GHARIMIN 
:

01Orang yang mempunyai hutang untuk kemaslahatan dirinya sendiri

  

02Orang yang mempunyai hutang untuk kemaslahatan masyarakat

Kriteria Kelayakan

PINJAMAN AM
Pemohon mestilah memenuhi syarat Asnaf Gharimin seperti berikut:


01Orang yang berhutang untuk keperluan asasi bagi diri dan tanggungan serta menepati hukum syarak iaitu tujuan hutang hendaklah bukan kerana tujuan maksiat kepada Allah melainkan dia telah bertaubat.

06Orang berhutang yang tidak dapat dielakkan bagi membiayai kos pengeluaran yang asas untuk menampung keperluan asasi.

02Golongan yang berhutang bagi kemaslahatan diri sendiri adalah seperti memberi nafkah membeli pakaian, melaksanakan perkahwinan, mengubati orang sakit, mendirikan rumah, membeli perabot rumah tangga, mengahwinkan anak atau mengganti harta orang lain yang dirosakkan kerana kesalahan, lupa atau yang seumpamanya. Kadar hutang mestilah dengan tidak berlebihan.

07Keterhutangan itu memerlukan penyelesaian yang segera dan tidak boleh ditangguh.

03Tujuan berhutang adalah supaya dapat memenuhi kadar keperluan yang asas dan bukan bagi tujuan bermewah-mewahan kerana berlebih-lebihan dalam urusan penyediaan yang asas adalah diharamkan ke atas setiap muslim.

08Tujuan berhutang adalah supaya dapat memenuhi kadar keperluan yang asas dan bukan bagi tujuan bermewah-mewahan kerana berlebih-lebihan dalam urusan penyediaan yang asas adalah diharamkan ke atas setiap muslim.

04Orang yang berhutang akibat bencana alam.

09Orang yang hendak berkahwin tetapi menghadapi kesulitan kewangan; [Kadar bantuan bagi tujuan mengadakan walimah yang diharuskan adalah bersamaan nilai seekor kambing] - rujuk ulasan mufti bertarikh 10 Januari 2012

05Orang berhutang untuk membiayai rawatan/perubatan.

10Orang yang berhutang kerana penglibatannya dalam aktiviti kebajikan kemasyarakatan seperti pengurusan anak yatim, rumah rawatan, pembinaan rumah ibadah atau apa-apa  perbuatan baik dalam melayani kehendak/keperluan am kebajikan masyarakat.



PINJAMAN PELAJARAN 

*Skim pinjaman bagi tujuan pendidikan telah disalurkan kepada pihak Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka [TAPEM] untuk tujuan penyelarasan. Oleh itu, segala syarat kelayakan adalah tertakluk kepada pertimbangan pengurusan pihak TAPEM.


UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 11.8%
Baik - 12.9%
Boleh Diperbaiki Lagi - 11.8%

Total votes: 263
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2015

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini0
Semalam0
Minggu Ini0
Bulan Ini0
Keseluruhan959284

Artikel Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.