Ikut Kami: fbtwiterrsssocial mediamobile web
Pilihan Warna:
Pilihan Bahasa:
Lain-lain
Saiz Teks:
A- A A+

Asnaf Fi Sabilillah

Bagaimana Yang Dimaksudkan Asnaf Fi Sabilillah

      Dari segi bahasa ia bermaksud jalan yang menyampaikan kepada redha Allah S.W.T. sama ada pada akidah ataupun perbuatan. Apabila kalimat ini bersifat mutlak, maka kebiasaannya dipergunakan untuk pengertian jihad [berperang]. Ini merupakan makna yang disepakati oleh sebahagian besar fuqaha atau ijma' fuqaha. Manakala beberapa perbahasan di kalangan ulama-ulama di dalam Mazhab Syafi'i juga sepakat bahawa yang diertikan sabilillah itu ialah yang merujuk kepada jihad dan urusan yang berkaitannya. Ini bersandarkan pendapat bahawa sabilillah itu bersifat mutlak; diperuntukkan bagi jihad; dan setiap ayat al-Quran yang menerangkan sabililillah, sebahagian besarnya merujuk kepada makna jihad kecuali beberapa ayat sahaja.

      Manakala ada pendapat daripada Mazhab Imamiah Ja'fari dan Zaidi yang meluaskan makna sabilillah kepada gambaran jalan untuk mendapatkan keredhaan dan pahala dari Allah S.W.T. Pendapat ini juga selari dengan pendapat Sayyid Rashid Redha yang menyebut bahawa sabilillah itu merujuk kepada kemashalatan umum kaum muslimin, yang dengannya tegak urusan agama dan pemerintahan, dan bukan untuk kepentingan peribadi. Begitu juga dengan pendapat Mahmud Syaltut yang menafsirkan sabilillah dengan kemaslahatan umum yang bukan milik perorangan, yang tidak hanya dimanfaatkan oleh seseorang, pemilikannya hanya untuk Allah dan kemanfaatannya untuk makhluk Allah.

      Muktamadnya, jika ditarjih pendapat-pendapat tersebut dan yang berkaitan lainnya, dapatlah dikatakan bahawa maksud sabilillah pada ayat sasaran zakat adalah jihad sebagaimana dinyatakan jumhur. Adalah sangat tidak tepat jika diertikan sabilillah itu dengan pengertian segala perbuatan yang menimbulkan kemaslahatan dan bertaqarrub kepada Allah S.W.T. Namun tidak pula ia diertikan sebagai jihad dalam erti kata ketenteraan semata-mata. Jihad yang dimaksudkan di sini boleh juga dilakukan dalam bentuk tulsan atau kata-kata yang mencakupi  jihad dalam bidang pemikiran, pendidikan, sosial, ekonomi dan politik sebagaimana yang dirangkumi oleh maksud jihad peperangan. Ia sebagai menepati maksud sebuah hadis yang berbunyi, "bahwa sedekah itu [zakat] tidak halal bagi orang kaya, kecuali lima kelompok." Antara lain orang yang berhutang dan berperang di jalan Allah.


Bentuk-bentuk Bantuan Yang Disalurkan Melalui Asnaf Fi Sabilillah

  1. Pelbagai Sumbangan Aktiviti Agama melalui Bahagian Dakwah, JAIM;
  2. Sumbangan IPT [termasuk TAPEM dan KUIM];
  1. Sumbangan IPT peringkat Ijazah  - Diagihkan melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka [TAPEM]
  2. Sumbangan IPT peringkat Diploma - Diagihkan melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka [TAPEM]
  3. Lain-lain bantuan pengajian yang tidak ditanggung oleh TAPEM
  4. Saguhati mendaftar di KUIM
  5. Skim Bantuan Buku Teks SRA JAIM;
  6. Sumbangan tahunan bagi kecermalangan SABK;
  7. Skim bantuan Tuisyen bagi sekolah agama[STAM, SRA dan SABK];
  8. Geran tahunan kepada Universiti Islam Malaysia;
  9. Elaun tahfiz [bagi pelajar yang menuntut di MTAQ, Masjid Saidina Ali, Bukit Katil]
  1. Sumbangan Perbelanjaan Pengurusan Anak Yatim [Geran Tahunan];
    1. KAYFAZ
    2. RAYSAAS
    3. Darul Aitam 
    4. PAYASUM
    5. Rumah Anak Yatim Jasin
  1. Sumbangan Takmir [Bayaran berdasarkan tuntutan];
  2. Sumbangan Hufiz dan sumbangan tahunan kepada maahad / sekolah tahfiz berdaftar;
  3. Sumbangan tahunan kepada Tabung Amanah Dakwah Negeri Melaka;
  4. Sumbangan tahunan kepada Program Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka;
  5. Sumbangan pengurusan program pengajian kursus haji;
  6. Sumbangan pembaikan kecil masjid, surau, SRA dan SABK melalui JAIM;
  7. Sumbangan perbelanjaan pengurusan Badan Sukarelawan al-Taqwa;
  8. Pembelian bangunan Marwah bagi penempatan pelajar di Mesir;
  9. Sumbangan kenaikan elaun pegawai syarak [RM20 bagi bilal, noja dan pembantu Fardu Kifayah RM40]; dan
  10. Sumbangan program e-masjid.

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 11.8%
Baik - 12.9%
Boleh Diperbaiki Lagi - 11.8%

Total votes: 263
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2015

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini0
Semalam0
Minggu Ini0
Bulan Ini0
Keseluruhan959284

Artikel Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.