Ikut Kami: fbtwiterrsssocial mediamobile web
Pilihan Warna:
Pilihan Bahasa:
Lain-lain
Saiz Teks:
A- A A+

Fakir & Miskin

Siapakah Dia Asnaf Fakir?

PENGERTIAN :

Seseorang yang tidak mempunyai harta atau hasil pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya iaitu untuk menampung keperluan makan pakaian, dan tempat tinggal.

CONTOHNYA : orang yang memerlukan sepuluh ringgit sehari, tetapi hanya mampu memperoleh tiga atau empat ringgit sahaja sehari.

Siapa Pula Dimaksudkan Asnaf Miskin?

PENGERTIAN :

Orang yang tidak mempunyai harta atau hasil pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya tetapi tidak mencukupi kadar keperluan asasnya yang secukupnya.

CONTOHNYA : orang yang memerlukan sepuluh ringgit sehari, tetapi hanya mampu memperoleh tujuh atau lapan ringgit sahaja sehari.

Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa mereka berhak ke atas zakat melalui asnaf fakir dan miskin adalah salah satu daripada golongan berikut:

  1. Mereka yang langsung tidak mempunyai sebarang harta dan keupayaan untuk berusaha;
  2. Mereka yang mempunyai harta atau usaha tetapi masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dan diri dan tanggungannya iaitu pendapatannya tidak cukup separuh atau kurang daripada keperluan asasnya; atau
  3. Mereka yang mempunyai harta dan usaha yang hanya mencukupi separuh atau lebih daripada keperluan asas untuk diri dan tanggungannya, tetapi tidak mencukupi keseluruhannya.

Kriteria Dan Garis Panduan Penentuan Asnaf Fakir

  1. Islam 
  2. Bermukim/bermastautin di negeri Melaka
  3. Tiada pendapatan atau harta yang mencapai separuh haddul kifayah atau pendapatan KURANG dari 50% haddul kifayah kerana:

 

    • Tua / uzur / sebatang kara / cacat atau tiada upaya untuk menyara hidup;
    • Tiada tempat bergantung atau teraniya seperti balu, ibu tunggal, janda, isteri yang ditinggalkan dan isteri yang suaminya diperjara;
    • Isteri yang suaminya terlibat dengan AIDS / HIV / penagihan dadah / menghidap sakit kronik;
    • Lain-lain dharar syarie yang dibenarkan oleh syarak.

 

Kriteria Dan Garis Panduan Penentuan Asnaf Miskin

  1. Islam 
  2. Bermukim/bermastautin di negeri Melaka
  3. Tiada pendapatan atau harta yang mencapai separuh haddul kifayah atau pendapatan KURANG dari 50% haddul kifayah kerana:

 

    • Tua / uzur / sebatang kara / cacat atau tiada upaya untuk menyara hidup;
    • Tiada tempat bergantung atau teraniya seperti balu, ibu tunggal, janda, isteri yang ditinggalkan dan isteri yang suaminya diperjara;
    • Isteri yang suaminya terlibat dengan AIDS / HIV / penagihan dadah / menghidap sakit kronik;
    • Lain-lain dharar syarie yang dibenarkan oleh syarak.

 

Pakej Bantuan Yang Layak Bagi Asnaf Fakir Dan Miskin

01 MAKANAN BULANAN

07  BANTUAN PEKERJA SUKARELAWAN

*Asnaf
bekerja melakukan pembersihan di masjid / surau / sekolah rendah agama dibayar mengikut jumlah jam dengan bayaran maksimum RM364.00 sebulan.

13  BANTUAN CERMIN MATA

02TUNAI BULANAN

[Fakir sahaja]

08SAKIT KRONIK & SARAAN SAKIT TERLANTAR

14ANAK SEKOLAH & IPT

03SIMPANAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) DAN
TABUNG HAJI 

               
[Fakir sahaja]

09RAWATAN HAEMODIALISIS

15BERAS FIDYAH MENGIKUT KEPERLUAN

04 PAKAIAN SEKOLAH
Fakir - anak yang bersekolah miskin - 3 anak sahaja

Bantuan juga meliputi bantuan pakaian sekolah rendah agama JAIM

10PERNIAGAAN [KEWANGAN & PERALATAN]

16PENEMPATAN RUMAH FAKIR MISKIN

di Kompleks Al-Ehsan, Pangsapuri PadangJambu, Rumah Pangsa Pantai Peringgit dan Rumah Pangsa Taman Murai Jaya, Durian Tunggal, Melaka.

05PERSEDIAAN RAMADHAN

11PINJAMAN PEMBELIAN KOMPUTER UNTUK ANAK ASNAF YANG MEMASUKI IPTA

17BANTUAN KEDIAMAN

06SKIM PERKAHWINAN SEMULA IBU TUNGGAL & BANTUAN KAHWIN MUDA

12KEMASUKAN KE ASRAMA PENUH DAN IPTA

*yang diiktiraf sahaja

18BANTUAN YURAN KEMASUKAN KE SEKOLAH RENDAH AGAM(SRA)

 

HADDUL KIFAYAH

Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah bersetuju supaya Paras Garis Kemungkinan Negeri [PGK] Melaka boleh digunapakai sebagai mengganti haddul kifayah dalam menentukan kelayakan penerima bantuan Zakat Negeri Melaka. Haddul Kifayah bagi tahun 2014 ialah RM 840.00 sebulan bagi 4 orang per 1 isirumah. Perbelanjaan perkapita bagi seorang individu sebulan ialah RM 210.00.

ASAS YANG DIAMBIL KIRA SEBAGAI PENDAPATAN

Terdapat beberapa item yang mesti diambil kira dalam menentukan pendapatan seseorang pemohon atau keluarga. Pada asasnya, dalam menentukan kelayakan asnafm pendapatan yang di kira ialah pendapatan seluruh ahli isi rumah. Justifikasi lain yang diambil kira sebagai pendapatan ialah :

 

01Pendapatan suami
[jika pemohon adalah isteri]

05Lain-lain pendapatan yang diusahakan/sumber hasil lain sama ada dalam bentuk asset alih atau tak alih
*juga termasuk hasil tanah atau rumah yang disewakan atau mengeluarkan hasil tanpa daya usaha harian.

02Pendapatan Isteri
[jika pemohon adalah suami]

06Bantuan yang diperolehi daripada mana-mana agensi termasuk manfaat takaful atau insurans.

03Pendapatan anak-anak atau adik-beradik yang tinggal sama
*biasanya pendapatan setiap isi rumah dianggap menyumbang kepada pendapatan keseluruhan isi rumah kerana berkongsi dapur.

07Pencen kakitangan awam/pencen kilat [PERKESO] jika pekerja swasta

04 Sumbangan anak yang tinggal berasingan
*biasanya anak-anak dianggap menyumbang sekurang-kurangnya RM 50.00 sebulan melainkan memang diperakui bahawa anak-anak langsung tidak membantu. Anak yang dimaksudkan disini adalah termasuk anak lelaki dan perempuan yang telah berkahwin.

 

 

ASAS YANG DIAMBIL KIRA SEBAGAI PERBELANJAAN

Pada lazimnya, kadar haddul kifayah RM 840.00 sebulan itu atau RM 210.00 perkapita telah merangkumi seluruh aspek keperluan belanja asasi bagi seseorang individu yang mana ia telah merangkumi keperluan makanan, pakaian, tambang perjalanan, kesihatan dan kediaman. Butiran perkara yang diambil kira sebagai belanja adalah seperti berikut :

  1. Belanja barang keperluan dapur
  2. Belanja kesihatan/tambang rawatan
  3. Belanja kediaman
  4. Belanja persekolahan
  5. Belanja pembayaran bil utiliti

Hutang piutang tidak diambil kira dalam penentuan belanja kerana ia sangat subjektif. Sebab berhutang yang pelbagai menyebabkan ia tidak wajar untuk diambil kira setelah jelas bahawa Islam juga tidak menggalakkan umatnya berhutang. Walaubagaimanapun, jika sebab berhutang tersabit dengan haddul kifayah kepada asnaf Gharimin, maka ia boleh diambil kira sebagai tanggungan.

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 11.8%
Baik - 12.9%
Boleh Diperbaiki Lagi - 11.8%

Total votes: 263
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2015

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini0
Semalam0
Minggu Ini0
Bulan Ini0
Keseluruhan959284

Artikel Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.