Ikut Kami: fbtwiterrsssocial mediamobile web
Pilihan Warna:
Pilihan Bahasa:
Lain-lain
Saiz Teks:
A- A A+

Badan Sukarelawan Al-Taqwa

Menjalankan kerja-kerja membantu mereka yang memerlukan bantuan secara berjadual dengan memberi khidmat mengadakan lawatan di hospital- hospital, rumah-rumah kebajikan, pusat-pusat serenti, penjara dan masyarakat awam di samping memberikan khidmat nasihat mengenai perubatan, pendidikan, kerjaya, kaunseling dan bantuan-bantuan kebajikan berupa kewangan dan barangan kepada yang memerlukan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh BSAT

Kempen Derma Darah

Pada 3 Februari 2012 bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul dan Kempen Berzakat 1433H/2012M Peringkat Negeri Melaka , Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan satu kempen menderma darah Kempen ini telah djalankan di Ruang Legar Kompleks MAIM,Bukit Palah,Melaka. Tujuan kempen ini adalah untuk memberikan bantuan kepada Unit Tabung Darah, Hospital Besar Melaka bagi menambah simpanan darah.Seramai 77 orang telah menderma darah di dalam kempen tersebut. Para penderma terdiri daripada orang awam yang hadir ke Ekspo Sempena Maulidur Rasul dan Kempen Berzakat, anggota tentera dan juga kakitangan di dalam Kompleks MAIM.


1

Program Smart Solat Pra Remaja Al-Taqwa MAIM

Untuk program ini, golongan yang menjadi sasaran adalah golongan kanak-kanak yang akan  meningkat  remaja di sekitar Kampung Bukit Bulat,Machap, Alor Gajah, Melaka. Para peserta akan diuji pengetahuan mereka tentang perlaksanaan ibadat solat dan seterusnya mereka diajar  dan diperbaiki kelemahan yang ada agar rukun Islam yang kedua itu dapat dilaksanakan dengan sempurna. Selain menunaikan solat fardhu, para peserta turut diajar mengenai solat-solat sunat.Di samping itu, peserta dikehendaki mengikuti sesi senamrobik dan riadah pada sebelah pagi dan petang manakala pada sebelah malam mereka juga dikehendaki menghadiri sesi Qiamullail.Acara program juga turut diselitkan dengan sesi ceramah tentang pemakanan bagi memberi pendedahan akan kepentingan pemakanan yang sihat dan halal.

 

 5

Program Gotong-royong Komuniti

Pada 14 Januari 2012, Al-Taqwa MAIM telah mengadakan Program Gotong-royong Komuniti bertempat di kawasan Alor Gajah ,Melaka. Dua aktiviti telah diisi di dalam program ini iaitu pembersihan kawasan perkuburan( Kawasan Perkuburan Islam Jelatang  dan Kg. Pengkalan) serta pembersihan Masjid Al-Rasyiddin ,Alor Gajah. Seramai 300 orang sukarelawan telah turut serta dan mereka terdiri daripada para pelajar Kolej Vokasional Datuk Seri Md Zin yang turut bekerjasama dengan JKKK Kawasan Alor Gajah.

 

2

 

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 11.8%
Baik - 12.9%
Boleh Diperbaiki Lagi - 11.8%

Total votes: 263
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2015

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini0
Semalam0
Minggu Ini0
Bulan Ini0
Keseluruhan959284

Artikel Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.