Ikut Kami: fbtwiterrsssocial mediamobile web
Pilihan Warna:
Pilihan Bahasa:
Lain-lain
Saiz Teks:
A- A A+

Pengurusan Wakaf & Sumber Am Negeri Melaka

Wakaf

Perkataan Wakaf dari segi bahasa bermaksud 'terhenti atau 'tertahan'.

Dari segi istilah ialah menyerahkan harta atau sebahagian hartanya kepada milik atau pada hukum milik Allah S.W.T; dengan tujuan mendampingkan diri kepada Allah; dan akhirnya mensedekahkan manafaat atau hasilnya kepada pihak kebajikan yang ditentukan oleh pewakaf selama-lamanya.

Wakaf juga terkenal dengan nama sedekah jariah iaitu sedekah yang berterusan pahalanya dari masa ke semasa selagi pahalanya dimanfaatkan.

  Sumber / Nas Pensyariatan Wakaf   Rukun Wakaf  
  Sumber nas disyariatkan amalan wakaf ini adalah daripada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila matinya anak Adam, terputuslah amalan kecuali 3 perkara :
  1. Sedekah (wakaf)
  2. Ilmu yang bermanafaat
  3. Anak yang soleh mendoakannya
 
  1. Orang yang berwakaf (waqif)
  2. Benda atau harta yang diwakafkan (mauquf)
  3. Pihak yang menerima faedah (mauquf alaihi)
  4. Lafaz wakaf (sighah)




 
         
  Syarat-Syarat Pewakaf   Syarat–Syarat Harta Yang Diwakafkan  
 
  1. Merdeka,Baligh dan Berakal
  2. Berkelayakan untuk bersedekah dan tidak dihalang belanja ( al-Mahjur ’Alaihi’)
  3. Sukerela





 
  1. Harta yang diwakafkan mestilah berbentuk objek tertentu
  2. Harta yang diwakafkan hendaklah milik pewakaf dan boleh dipindah milkkan ( boleh dimanfaatkan)
  3. Harta yang diwakafkan itu boleh digunakan selama-lamanya
  4. Penggunaan harta wakaf tersebut mestilah diharuskan oleh syarak.



 
         
  Jenis Wakaf   Jenis Harta Wakaf  
 
  1. Wakaf Am : Sesuatu Wakaf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan umum menurut hukum syarak
  2. Wakaf Khas :Sesuatu Wakaf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan yang khusus menurut Hukum Syarak
  3. Wakaf Saham : Saham-saham syarikat atau perniagaan atau saham-saham yang teleh sediaada yang diwakafkan







 
  1. Wakaf Al – Iqar ( Harta Tak Alih ) : Terdiri dari kebun,tapak masjid, tapak banggunan, tapak sekolah dan lain-lain. Termasuk wakaf al-iqar bangunan kekal.
  2. Wakaf Al-Manqul ( Wakaf Harta Alih ) : Contohnya peralatan masjid seperti sejadah, dan lain-lain.
  3. Wakaf Al-Musya : Harta yang dikongsi dengan orang lain yang tidak boleh dibahagikan, seperti dua orang pemilik sebuah kereta , salah seorang pemilik mewakafkan kereta tersebut
  4. Wakaf Haq Al-Irtifaq : Mewakafkan satu tingkat daripada yang terdiri daripada beberapa tingkat
  5. Wakaf Al –Irsad : Wakaf yang dilakukan oleh pemerintah untuk kepentingan umum. Contoh pemerintah mewakafkan sebidang tanah bagi tujuan pembinaan sekolah
 

Prosedur Perwakafan
Dokumen yang diperlukan bagi perwakafan tanah (semua/sebahagian):
  1. Borang KTN 14A/12A/12B
  2. Borang surat cara wakaf
  3. Surat persetujuan wakaf
  4. Salinan kad pengenalan pewakaf
  5. Salinan geran tanah
  6. Resit cukai tanah terkini
Dokumen yang diperlukan sekiranya waris mewakafkan harta si mati:
  1. Salinan sijil kematian
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Salinan kad pengenalan pemohon
  4. Salinan kad pengenalan waris-waris
  5. Salinan geran tanah
  6. Resit Cukai tanah

Sumber Am

Sumber Am dikenali sebagai Baitulmal, merupakan satu bentuk pentadbiran yang mengendalikan harta-harta orang Islam yang mati tidak berwaris atau berwaris tetapi tidak menghabisi semua bahagian mengikut faraid.

Harta Sumber Am boleh dipecahkan kepada beberapa skop seperti :
  1. Pengurusan harta pusaka / Wasiat
  2. Hibah
  3. Sedekah
  4. Derma perseorangan
  5. Luqatah
  6. Wang faedah
  7. Wang fidyah
  8. Wang Insurans
  9. Hutang Lapuk
  10. Hasil Sewaan
  11. Hasil Pelaburan
  12. Nazar
  13. Kafarah
Fungsi
  1. Menyediakan pelan dan carian tanah bagi kes wakaf dan sumber am
  2. Menyediakan laporan tanah untuk permohonan wakaf dan penerimaan tanah Baitulmal
  3. Membuat lawatan ke tapak dan mengenalpasti tanah untuk tujuan tindakan/arahan semasa
  4. Mendapatkan tandatangan pewakaf bagi borang pindah milik 14A dan serah milik sebahagian tanah 12B
  5. Mendapatkan carian cukai dan penilaian tanah wakaf dan Baitulmal.
  6. Menghadiri proses perbicaraan kuasa dan bicara pengambilan tanah bagi kes yang melibatkan MAIM.
  7. Mendaftarkan borang pindah milik dan serah milik sebahagian ke pejabat tanah
  8. Mengendalikan proses penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah Wakaf

Pengurusan Harta pusaka(faraid)

Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syara', faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam.

Fidyah

Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin

Hibah

Hibah bererti pemberian sesuatu harta kepada penama / waris di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan.

Luqatah

Dari segi bahasa,Luqatah ialah sesuatu yang ditemui di tanah,menurut syarak pula ialah harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki,tidak dijaga dan penemu tidak mengenali pemiliknya. Luqatah juga bermaksud harta yang hilang dari tuannya dan dijumpai oleh orang lain. Ia juga ditakrifkan sebagai harta tanpa milik yang dihormati yang dijumpai di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke ats harta tersebut.

Nazar

Pengertian nazar menurut istilahnya secara mudah ialah mewajibkan diri sendiri melakukan sesuatu amalan dengan niat mendampingi diri pada Allah. Sebagai contoh, seseorang berkata: Jika Allah menyembuhkan saya daripada penyakit ini, nescaya saya akan berpuasa sebanyak tiga hari dan sebagainya. Nazar ini wajib disempurnakan sebaik sahaja ia sembuh daripada penyakitnya itu

Kafarah

Dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t. * Dari sudut Istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

Memuaskan - 11.8%
Baik - 12.9%
Boleh Diperbaiki Lagi - 11.8%

Total votes: 263
The voting for this poll has ended on: Disember 31, 2015

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini0
Semalam0
Minggu Ini0
Bulan Ini0
Keseluruhan959284

Artikel Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.