Latarbelakang Penubuhan

Ditubuhkan mulai bulan Jun Tahun 2002 dibawah pengawalan dan pentadbiran Majlis Agama Islam yang berlandaskan Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Melaka ). Badan ini bergerak secara sukarela dengan tujuan memberi bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan perhatian.


Objektif

  1. Memperluaskan peranan selaras dengan keperluan semasa bagi mendorong dan menggerakkan masyarakat Islam seperti ke arah meningkatkan ilmu dan amalan yang cemerlang ;

  2. Mewujudkan masyarakat berwawasan, berdaya maju, berakhlak dan beretika tinggi yang berasaskan Islam seperti yang dicita-citakan dalam wawasan 2020;

  3. Menjalinkan perpaduan kaum, agama dan budaya di Negeri Melaka melalui dakwah yang mantap dan berkesan di samping membangun dan menjadikan ekonomi umat Islam selaras dengan tuntutan fardhu kifayah;

  4. Membantu dan meringankan bebanan masyarakat yang tidak berkeupayaan serta memberi khidmat yang terbaik kepada mereka yang memerlukan sejajar dengan dasar kerajaan melalui Dasar Sosial Negara .
 
 
 
Penubuhan dan Objektif
Fungsi
Jawatankuasa Sukarelawan Al-Taqwa
Keahlian dan syarat penyertaan
Cara memohon
 
     
  Laman Web Ini Telah Dikemaskini Pada
2005© Hak Cipta Terpelihara. Majlis Agama Islam.Dibangunkan oleh Melaka ICT Holdings Sdn Bhd
peta laman laman utama